Lagu Sekolah
Lagu Sekolah
Berjuang terus maju
Wahai putera dan puteri
Lurah sama diturun
Gunung sama didaki
Membentuk jiwa murni
dan luhurnya budi
Berjuang menghirup ilmu
Membela harga diri
Sekolah Menengah Tun Mamat
Belajar untuk berkhidmat
Bergema seruan umat
Dengan penuh semangat
Abadi kasih kita
Pada sekolah nan tercinta
Kan harum namanya
Dimana jua kita berada
Putera dan puteri tetap
Menyahut seruan negara
Untuk hidup berbakti
Pada nusa dan bangsa..
Wahai putera dan puteri
Lurah sama diturun
Gunung sama didaki
Membentuk jiwa murni
dan luhurnya budi
Berjuang menghirup ilmu
Membela harga diri
Sekolah Menengah Tun Mamat
Belajar untuk berkhidmat
Bergema seruan umat
Dengan penuh semangat
Abadi kasih kita
Pada sekolah nan tercinta
Kan harum namanya
Dimana jua kita berada
Putera dan puteri tetap
Menyahut seruan negara
Untuk hidup berbakti
Pada nusa dan bangsa..
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA
Setiap insan mempunyai cita-cita atau angan-angan yang ingin dicapai.Seperti kanak-kanak kecil,mereka seolah-olah yakin akan impian yang mereka bina namun apabila menginjak dewasa serasakan bahawa perjalanan untuk menjejaki cita-cita itu terlalu sukar.Disini,Pihak PRS SMK TUN MAMAT ingin berkongsi serba sedikit tentang perjalanan menuju kejayaan.
Untuk mencapai cita-cita atau matlamat anda dan berjaya dalam kehidupan, anda mestilah membina suatu kebiasaan berdasarkan langkah-langkah yang telah terbukti keberkesanannya seperti berikut:
2. Tetapkan dan Tuliskan Matlamat-Matlamat Anda
TULIS matlamat-matlamat atau cita-cita anda di atas sehelai kertas. Ini amat-amat penting kerana jika anda tidak tulis, ia hanya akan menjadi angan-angan. Salinkannya ke dalam Buku Matlamat anda. Ini juga penting kerana dengan berbuat demikian, ia akan menjadi perkara yang penting bagi anda. Dengan berbuat demikian juga, ia akan mula meresap ke dalam minda separa sedar anda. Apabila ini terjadi maka anda akan mula sebati dengan matlamat anda. Hasilnya, anda tidak merasa selesa selagi anda belum mencapai matlamat anda. Dalam keadaan demikian, anda ingin dapat mencapai matlamat atau cita-cita anda itu dengan segera dan sebaik mungkin.
4. Buat Perancangan
RANCANGKAN tindakan-tindakan anda. Senaraikan semua aktiviti mengikut susunan keutamaannya. Dengan cara begini anda akan lebih yakin berapa lama masanya untuk anda mencapai matlamat atau cita-cita anda serta bila matlamat anda itu akan anda capai. Perbaiki senarai aktiviti anda dari semasa ke semasa; optimumkannya, sempurnakannya.
5. Gambarkan Kejayaan Pada Minda Anda
Letakkan suatu Studio Filem di minda anda! Bayangkan satu GAMBARAN MENTAL yang anda telah berjaya mencapainya. Buat imej minda yang jelas pada mata minda anda. Mainkan gambaran itu berulang-ulang – berkali-kali di fikiran anda.
Ingatlah bahawa: "Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille. Ingatlah juga kata Mahatma Gandhi: Seseorang itu adalah hasil daripada fikirannya. Apa yang dia fikir, itulah yang dia akan menjadi".
6. Tangani Halangan
1) Kenal pastikan halangan-halangan yang perlu anda atasi.
2) Tumpukan kepada usaha mendapat bantuan; bantuan yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda - misalnya pengetahuan, pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu.
7. Baki 90% Adalah Usaha dan Keazaman Anda
Sokong rancangan anda dengan KEAZAMAN (Resolve) dan SEMANGAT TIDAK MENGENAL PUTUS ASA (Persistence). Tekadkan semangat. Tumpukan kepada mencapai kejayaan. Fokuskan segala perhatian dan tenaga anda untuk mencapai segala matlamat anda pada waktu yang anda sendiri tetapkan. Bulatkan hati dan fikiran. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap sebarang cabaran.
Insya-Allah, dengan diiringi doa, keazaman, disiplin yang tinggi serta usaha gigih, anda akan mencapai apa juga matlamat atau cita-cita yang impikan.
Untuk mencapai cita-cita atau matlamat anda dan berjaya dalam kehidupan, anda mestilah membina suatu kebiasaan berdasarkan langkah-langkah yang telah terbukti keberkesanannya seperti berikut:
1. Kenal Pasti Semua Keperluan & Keinginan Anda Sejelas-jelasnya
Duduk dan tulis semua keperluan dan keinginan.. Tuliskan seberapa banyak keperluan-keperluan serta keinginan-keinginan atau cita-cita anda. Apabila jumlahnya menjangkau 50 hingga 100, suatu bentuk perasaan atau semangat pada diri anda akan timbul. Teruskan. Perasaan inilah yang akan membarai semangat anda untuk terus ke hadapan untuk mencapai kejayaan. Insya-Allah. 2. Tetapkan dan Tuliskan Matlamat-Matlamat Anda
TULIS matlamat-matlamat atau cita-cita anda di atas sehelai kertas. Ini amat-amat penting kerana jika anda tidak tulis, ia hanya akan menjadi angan-angan. Salinkannya ke dalam Buku Matlamat anda. Ini juga penting kerana dengan berbuat demikian, ia akan menjadi perkara yang penting bagi anda. Dengan berbuat demikian juga, ia akan mula meresap ke dalam minda separa sedar anda. Apabila ini terjadi maka anda akan mula sebati dengan matlamat anda. Hasilnya, anda tidak merasa selesa selagi anda belum mencapai matlamat anda. Dalam keadaan demikian, anda ingin dapat mencapai matlamat atau cita-cita anda itu dengan segera dan sebaik mungkin.
3. Tetapkan Tempoh dan Bila Anda Ingin Mencapai Matlamat / Cita-Cita Anda
Kaji tahap atau kedudukan anda sekarang berbanding dengan apa yang anda inginkan. Kira dan tentukan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda itu. TETAPKAN bila matlamat tersebut mesti anda capai. 4. Buat Perancangan
RANCANGKAN tindakan-tindakan anda. Senaraikan semua aktiviti mengikut susunan keutamaannya. Dengan cara begini anda akan lebih yakin berapa lama masanya untuk anda mencapai matlamat atau cita-cita anda serta bila matlamat anda itu akan anda capai. Perbaiki senarai aktiviti anda dari semasa ke semasa; optimumkannya, sempurnakannya.
5. Gambarkan Kejayaan Pada Minda Anda
Letakkan suatu Studio Filem di minda anda! Bayangkan satu GAMBARAN MENTAL yang anda telah berjaya mencapainya. Buat imej minda yang jelas pada mata minda anda. Mainkan gambaran itu berulang-ulang – berkali-kali di fikiran anda.
Ingatlah bahawa: "Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille. Ingatlah juga kata Mahatma Gandhi: Seseorang itu adalah hasil daripada fikirannya. Apa yang dia fikir, itulah yang dia akan menjadi".
6. Tangani Halangan
1) Kenal pastikan halangan-halangan yang perlu anda atasi.
2) Tumpukan kepada usaha mendapat bantuan; bantuan yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda - misalnya pengetahuan, pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu.
7. Baki 90% Adalah Usaha dan Keazaman Anda
Sokong rancangan anda dengan KEAZAMAN (Resolve) dan SEMANGAT TIDAK MENGENAL PUTUS ASA (Persistence). Tekadkan semangat. Tumpukan kepada mencapai kejayaan. Fokuskan segala perhatian dan tenaga anda untuk mencapai segala matlamat anda pada waktu yang anda sendiri tetapkan. Bulatkan hati dan fikiran. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap sebarang cabaran.
Insya-Allah, dengan diiringi doa, keazaman, disiplin yang tinggi serta usaha gigih, anda akan mencapai apa juga matlamat atau cita-cita yang impikan.
SAMBUTAN KEMERDEKAAN SMK TUN MAMAT
Sebelum menyambut cuti Hari Raya Aidilfitri selama seminggu,pihak sekolah berkesempatan menyambut sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-55 bersama para pelajar bagi menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan pada tahun ini..
Pengetua Smk Tun Mamat,Puan Hajah Fuziah bte Haji Mahdan memberi ucapan perasmian
Wakil pelajar Tingkatan 6 melaungkan MERDEKA
Rekod SMK Tun Mamat apabila berjaya menghasilkan bendera terpanjang..
Pelajar-pelajar menunjukkan rasa cinta akan negara dan berharap akan sebati dalam jiwa anak-anak muda
PROGRAM KAYUHAN SANTAI MERDEKA 2012
Sebagai PRS anda perlu sentiasa ingat dan patuh pada etika PRS iaitu:
1. Amanah dan Menyimpan Rahsia
2. Menerima dan menghormati rakan dan orang lain
3. Memahami batasan dan keupayaan diri
4. Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek
5. Melaporkan kepada Guru Bimbingan dan kaunseling tentang kes yang boleh merosakan diri
sendiri atau orang lain
6. Merujuk kes rumit kepada Guru Kaunseling
7. Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat dan agama

Tentang PRS
MISI
Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:
- Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan
- Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia
- Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik
- Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program B&K
- Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar
VISI
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah Menjelang tahun 2012
FALSAFAH
Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan B&K yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.
PIAGAM
· Berkhidmat untuk semua pelajar
· Maklumat yang diperolehi akan dirahsiakan
· Membantu pelajar dalam akademik dan disiplin
· Sentiasa menghargai masa
Subscribe to:
Posts (Atom)